Monday 27 August 2012

Iftar Jama'ie WRS 2012

Assallamualaikom.....pada 11 ogos 2012 bersamaan 22 ramadan 1433 hijriah WRS atau ayat panjangnyer Warga Raub Sejahtera teloh mengadekan Iftar Jama'ie di rest house Rauk.





Kala oukme nok tau WRS ni adelah gerup urg Rauk,maknenyer anok2 Rauk la,ataupun dime2 yg penoh duduk di Rauk,ataupun dime2 yg teloh menikoh dgn urg Rauk,samade yg becerei hidup atau pun mati,atau pun dime2 yg tau dan kenei dgn Rauk,make dime buleh la jadi ahli WRS ineh.

Pade 11 hb te,ahli2 WRS yg datang ramei amat,sampei tak muat rest house terh. Mase nyer bebuke ade yg menyangkung bagai di luo rest house.Punye la ramei,rengkak dan ringcik weh,kerayan la tukey rest house terh meninguk ke kelaku dime2 yg ramei terh.

Majelih dimulekan dgn ucapan alu2an admin WRS Dato'Sam. Ucapannyer menggunekan lughrat Rauk weh,rengkak dime'e suke memasing.




Tak pada hal la,lepas nyer berucak ape lagi,peret mimang dah bekeruncung belake. Menu yg disediakan banyok ke alah,pilih je hok mane dime suke. Mimang menepati selire bete. Memacam ade.......





Dalam makai dan makai menjamu selire,cabutan betuoh pun dicabut,ade tak kurang 50 hamper yg disponsor oleh sape,kas pun tak tau,keknyer kas doakan urg te nyer muroh rezeki weh....insya'ALLAH.





Pindikate sema yg dtg membaok korge memasing. Sesetenhoh terh meruik anoknyer,tak tergembale ke weh,pepalih. Menderu macam anok ayam bebudoknyer,kecik beso sampai yg baru menetas pun ade...kikikiki..









Iftar Jame'ie ini cukup lancor dgn barisan para urusetia yg sukarela menjalankan keja tanpa banyok hal. Bak kate yrg Rauk,lambat suruh je,berebet dime'e nok membuat keja....tu lah hibatnyer WRS....




Dalam pade terh kala oukme nok tau WRS juge ade ahlinyer yg doh buleh digelo warga emas. Bukan calang2 weh,sema lapisan ade dan dtg dari berbagei2 profesion.... Hibat weh WRS.....





Dan ngelas sekali kume sempat la merakamkan gambo reramei. Itu pun jenuh nok mengumpui ke nyer,memacam kerinah weh.Tapi alhamdulillah laaa dapat juge akhirnyer. Rantang ineh la yg paling pentingnyer bergambo reramei. Kemiramannyer ramei hek,tapi memasing simpan je gambo terh utk kenangan .





Dan ini gambo kas pulok dengan ostat yg juga saloh surang ahli WRS. Ni lah ostat harapan kome utk banyok hal2 dan program2 keugamaan yg akan datang,insya'ALLAH.





Dan majelih berakhir sekitar jam 11 malam,mane yg balik,balik la. Mane yg tak balik dime'e meretuh di rest house terh,seba'ak kume ade membuking bilik bagai,utk sesape yg susoh nok balik atas sebak2 rabun atau sebagainyer....!!


Kas cume nok kabo ke oukme...inilah majelih terbaik antara yg baik2  telah WRS anjurkan selain Program Maulidurasul beberape bulan yg lepas. Dan kas memintok mo'oh kala ade kate2 kas yg tak sedak dime rasekan,keknyer mimang patet pun sbb kas bukai reti menulih pun,cume sesuke je.


Akhirkate kas katup bicare, mengka sesame la kite tunggu pulok majelih Sambutan Hari Raye WRS yg akan diadekan kala tak silak kas pade 15 sept 2012 ineh pulok.....moh la weh kite reramei ke Diwan Simpang Kallang pulok.


Sekian Terime Kaseh.....Assallamualaikum...



Friday 20 April 2012

Banjir dirumah bonda


Assallamualaikom....hari ini rumah bonda dilanda banjir lagi utk kali yg ketiganya dlm tempoh seminggu...... Bkn tak pernah banjir,tapi kali ini terlalu kerap. Rasanya dlm tahun ini je ntah berapa belas kali dah banjirnya....





Bkn aku menidakkan fitrah alam sebagaimana yg selalu dikatakan,tapi semua ini juga berlaku atas kelalaian manusia yang kadang2 tak menghargai alam.

Sunday 8 April 2012

Assallamualaikom.......
Aku tak ada apa yg nak dikongsikan disini,kecuali sedikit rasa.....
Saat seorng ibu berkata2....dlm seribu nada penuh sedih dan pilu....aku serasanya tak mampu mendengarnya,walau ia cuma sekadar rintihan......'sekarang nak balik jenguk aku sesekali pun dah susah'......Terkesima juga mendengarnya....

Sunday 25 March 2012

Sekadar Rasa......

Assallamualaikom.....minggu lepas aku kehilangan seorang lagi mak saudaraku,bonda Maimunah.....Aku,emak dan adikku pergi menziarahnya di Chenderong Balai,Teluk Intan,Perak.

Monday 15 August 2011

Saatnya

Saatnya........
Takala senja melabuhkan
tirai malamnya,ada yg masih disini,
terkejar2 mencari arah yg tak pasti.

Saatnya.......
Takala malam melabuhkan
tirai paginya,ada yg masih disini,
terkinja2 mencari realiti,

Saatnya.......
takala pagi melabuhkan
tirai siangnya,ada yg masih disini.
terjelepok lesu mengharapkan sesuatu..


Tentang aku

Assallamualaikom.....sbnarnya aku tak tau nak memulakan apa2 pun tentang blog. Semua ini dimulakan oleh anakku Umairah. Apa pun ia seolah2 membuka satu demensi baru dlm hidupku,memulakan sesuatu disini. Biarlah aku terangkan serba sedikit tentang diriku bermula dari aku dilahirkan hinggalah kesaat ini
            Aku dilahirkan di Gunung Semanggol Perak pada 15 November 1967,dirumah Datukku Tuan Hj Hassan dan nenekku Hajah Aishah di Gunung Semanggol Perak. Saat aku dilahirkan ayahku Hussin adalah seorg petani yg membuat kerja2 sampingan sebagai seorg tukang kayu. Dan ibuku juga seorang petani yg membuat kerja2 sampingan mengambil upah menjahit baju.
            Setelah aku dilahirkan,aku dibawa pulang ke kg ayahku di kg Dong Raub Pahang.Rumahku di kg Dong pula bersebelahan dgn rumah Datuk sebelah ayahku Hj. Hassan dan Hajah Lijah. Maka bermula kehidupanku di kg Dong,dibesarkan dgn penuh kasih syg dari kedua ibubapaku dan kedua Datuk dan nenekku sebelah ayah.
            Aku mula membesar sebagai seorg budak nakal,aku bersekolah rendah di sek.ren.keb.mahmud Raub. Setiap pagi pergi kesekolah aku menaiki bas bersama arwah atukku yg ketika itu menjadi pemandu Bas Pahang Ling Siong.Bersekolahlah aku sepertimana juga budak2 lain hinggalah ke darjah enam. Apabila tamat darjah enam,aku bersekolah menengah pula di Sek.Men Kebangsaan Dong,Raub. Sekolah yg tak sampai 1kilometer dari rumahku.
            Sepanjang pesekolahan itu,mcm2 pengalaman hidup telah ku lalui hinggalah kepada aku tamat persekolahan.Setelah tamat persekolahan telah memasuki IKM- Institut Kemahiran Mara Pekan selama dua tahun mengikuti krusus Pertukangan Perabut.
           Selama dua tahun aku akhirnya menamatkan krusus dan mula bekerja di Kilang Perabut Usahawan Agency Jerantut selama 2 tahun. Bermula dari situ,berbekalkan pengalaman yg ada,aku mula melompat kerja.





Saturday 19 March 2011

Bencinya aku............

KUALA LUMPUR, 18 Mac — Ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya berkata penggunaan kitab Injil versi Bahasa Malaysia tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan sambil mahu semua pihak membuang ideologi politik dan bercakap dari sudut Islam.
“Kita buang semua ideologi politik dan bercakap dari sudut Islam. Bahasa tidak melambangkan sepenuhnya pegangan agama seseorang, malah Nabi Muhammad juga tak halang bangsa lain menggunakan bahasa Arab.
“Saya lihat dalam Perlembagaan Persekutuan orang Melayu adalah orang yang beragama Islam dan definisinya juga jelas orang Melayu adalah orang yang boleh berbahasa Melayu.
“Jadi dalam isu ini setelah perbincangan dan pertimbangan terjemahan, ia boleh sebab ia tidak menjejaskan kemuliaan agama Islam,” katanya.
Bagaimanapun beliau menegaskan pengedaran kitab Injil dalam Bahasa Malaysia itu harus dikawal dan tidak disebarkan secara meluas.
“Ia perlu terkawal dan tidak disebarkan secara meluas, sebar hanya untuk orang Kristian sahaja ... jadi bagi saya tiada masalah jika ia terkawal.
“Tapi jika tidak terkawal ia boleh mendatangkan masalah, jadi saya minta ia dibuat secara baik, terkawal dan diedarkan hanya kepada penganut Kristian sahaja,” katanya.
Laporan The Malaysian Insider juga menyebut Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyifatkan langkah kerajaan melepaskan kitab Injil yang dirampas itu adalah satu tindakan bijak dan tidak wajar dihalang penerbitan itu.
Menurut Yang Dipertua PUM Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir, pihaknya tiada halangan dengan keputusan terbaru kerajaan ini kerana Bahasa Malaysia milik semua rakyat Malaysia termasuk yang beragama Kristian.
Dalam laporan terdahulu hari ini, kedua-dua Dewan Ulama PAS dan PKR berkata mereka juga tidak membantah atau menghalang penggunaan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia sambil menyifatkan ia tidak menjejaskan kedudukan agama Islam di negara ini.
Ketuanya Datuk Harun Taib berkata penganut Kristian tidak sewajar dihalang untuk menggunakan Al Kitab memandang Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi negara, milik semua rakyat Malaysia.
Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Muhammad Nur Manuty berkata, penggunaan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia tidak akan memesongkan akidah orang Islam.
Selasa lalu, kerajaan telah bersetuju untuk mengeluarkan 35,000 naskhah kitab Injil dalam Bahasa Malaysia yang ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Kuching dan Pelabuhan Klang ekoran gesaan pelbagai pihak mendesak kerajaan berbuat demikian.
Keputusan itu selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang telah membenarkan pengeluaran dan penyebaran kitab Injil dalam Bahasa Malaysia secara terhad dan terkawal, di mana buku-buku tersebut mesti dicop dengan tag “Untuk Penganut Agama Kristian Sahaja”.
Bagaimanapun dalam laporan pagi tadi juga, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria memberi amaran keputusan Putrajaya untuk melepaskan naskhah kitab Injil yang ditahan Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Klang dan Kuching akan membawa kepada rasa tidak puas hati dan kemarahan orang umat Islam.
Ketika dihubungi, Harussani berkata beliau bimbang umat Islam akan bangkit menentang keputusan itu dan menyebabkan lebih banyak ketegangan dalam situasi semasa yang dilihat sangat sensitif.
“Saya takut, apa pun boleh berlaku di sini. Orang tidak gembira dan apa jua boleh berlaku,” kata beliau lagi.
Harussani berkata beliau telah berusaha untuk berhubung dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak mendengar keputusan itu Selasa lalu bahawa kerajaan telah memutuskan untuk memenuhi gesaan pemimpin-pemimpin Kristian dan beberapa parti politik agar melepaskan Al Kitab, dalam Bahasa Malaysia, yang ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri.
“Tetapi, saya tidak dapat bercakap dengan beliau (Najib) dan pembantu beliau juga tidak dapat menawarkan saya dengan sebarang maklumat,” katanya lagi.